Monday, March 27, 2017

LATIHAN KAWAD KAKI PROTOKOL

Pada 15 Mac 2017 yang lalu, Unit Kokurikulum SMKBR telah mengadakan latihan kawad protokol dengan kerjasama Polis Bantuan Felda di dewan SEMERBAK SMKBR. Latihan tersebut telah disertai oleh semua badan beruniform disekolah iaitu Kadet Polis, Pengakap dan KRS. Inisiatif ini telah diambil oleh pihak sekolah bagi mempertingkatkan kemahiran kawad pelajar memandangkan SMKBR merupakan johan kawad kaki diperingkat daerah pada tahun lalu bagi badan uniform kadet polis dan KRS.